Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPahang

Fahmi Mulakan Lawatan Kerja di Pahang dengan Kunjungan Hormat ke atas Menteri Besar Pahang

By 2 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul

KUANTAN, 2 Feb (MalaysiaAktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, memulakan lawatan kerja di Pahang dengan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.
Turut mengiringi beliau Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Bukhari Yahya.

Menurut Fahmi, pelbagai isu telah dibincangkan yang akan memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini.
“Antaranya isu melibatkan talian internet dan talian telefon yang menjadi keperluan utama di sekolah-sekolah dan kawasan pedalaman khususnya kawasan penempatan orang asli,” katanya.

Kunjungan hormat ini disambut baik oleh Menteri Besar Pahang dan beliau berharap semoga dengan lawatan ini hubungan antara Kerajaan Negeri Pahang dengan Kementerian Komunikasi akan lebih kukuh.

Turut hadir Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda