Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Terima Emel Ancaman Bom, Menara MBJB Dikosongkan

By 13 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Raja Jaafar (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih Lebih 500 kakitangan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) terpaksa meninggalkan ruang pejabat masing-masing apabila menerima ancaman bom tengah hari semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 12.00 tengah hari apabila salah seorang kakitangan bertugas telah menerima emel yang dihantar kepada MBJB sekitar pukul 10.00 pagi semalam.

Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Noorazam Osman, berkata ancaman bom dihantar oleh individu yang mendakwa namanya Takahiro Karasawa menggunakan nama emel ([email protected]) yang berpangkalan di luar negara.

“Selepas meneliti emel berkenaan, kami terus menghubungi pihak polis bagi memaklumkan berkenaan ancaman bom yang diterima dan telah mengarahkan semua kakitangan MBJB bagi mengosongkan bangunan untuk tujuan pemeriksaan keselamatan.

“Selepas pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) PDRM Johor dijalankan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan berada disekitar bangunan dan ancaman bom yang dibuat menerusi emel berkenaan adalah palsu,” katanya menerusi satu kenyataan media, petang semalam.

Semua kakitangan telah dibenarkan masuk semula sekitar pukul 2.00 petang ke Menara MBJB dan beroperasi seperti biasa dengan kawalan ketat oleh pihak polis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda