Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bro Pagi Gegar ‘Gegarkan’ Paya Keladan

By 13 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yusoffirman/M.Yamuna (Temerloh)

TEMERLOH, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Bro Pagi Gegar yang dikendalikan oleh penyampai radio Issey dan Fizi menggegarkan penduduk di Kampung Paya Keladan, di sini kelmarin dalam siri jelajah Gegar Gulai Kawah.

Membawakan konsep ‘bekwoh’ iaitu gotong-royong memasak gulai kawah, program ini turut menampilkan persembahan dikir barat sebagai kelainan.

“Sambutan penduduk di sini amat menggalakkan dan luar biasa terutama bagi persembahan dikir barat,” kata salah seorang peserta program Saisatul Hasma Othman, 40.

Turut hadir Pegawai Daerah Temerloh Datuk Khairur Rizal Ramli, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh Suris Mihat dan Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda