Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Program Baik Pulih Rumah Perdana Kampung Kenangan Beri Harapan Baru kepada Penerima

By 13 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:  Sheikh Mohamed Nazim Sheikh Abd Kadir/Nor Sofian Abdul Manan (Segamat)

SEGAMAT, 13 Mac ( Malaysiaktif) – Program Baik Pulih Rumah Perdana 2024 merupakan cetusan idea Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi yang berhasrat untuk membantu golongan fakir miskin, asnaf dan mualaf yang daif.

Program yang dilaksanakan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Buloh Kasap dan Pejabat Daerah Segamat bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap telah memilih Hanita Abu Hassan, 48,  untuk menerima bantuan bagi Kampung Kenangan.

Menurut Ketua Kampung Kamaruddin Sarip, 61, program ini telah memberi harapan dan sinar baru kepada penerima kerana ianya memberi tempat tinggal yang lebih selesa dan menambah sumber pendapatan.

“Kediaman Hanita yang kecil menyukarkan mereka sekeluarga hidup dengan selesa.

“Selain itu beliau turut menjaga adiknya yang kurang upaya selepas mengalami kemalangan di tempat kerja,” katanya kelmarin.

Katanya lagi, Hanita turut menerima sumbangan seperti televisyen, langsir, kerusi roda dan wang tunai daripada Ahli DUN Buloh Kasap Datuk Zahari Sarip bagi membantu meringankan beban beliau.

“Terima kasih kepada Datuk Zahari Sarip dan Menteri Besar Johor atas bantuan yang disalurkan,” katanya.

Turut hadir Pegawai Daerah Segamat Mohd Masni Wakiman, Pegawai Penerangan Daerah Segamat Nor Sofian Abdul Manan, Penghulu Mukim Buloh Kasap Muhammad Noor Mujahid dan Ketua Kampung Kenangan Kamarudin Sarip.

-ZS-

Tinggalkan komen anda