
Laporan/foto: Surina Simat/Akma Laily Hamdan (Maran)
MARAN, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 12 penerima Rumah Rakyat Pahang (RRP) menerima sumbangan Ihya Ramadan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Majlis Ramah Mesra yang diadakan di RPR Rantau Perintis, Bandar Jengka, di sini kelmarin.
Salah seorang penerima RRP Azimah Busu, 63, melahirkan rasa syukur dan terima kasih beliau kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan ini.
“Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaaan syukur dan berterima kasih saya apabila menjadi salah seorang penerima bantuan Rumah Rakyat Pahang yang diberikan secara percuma oleh Kerajaan Negeri.
“Bukan sahaja percuma tetapi saya juga menerima beberapa peralatan elektrik ketika mula-mula menduduki rumah tersebut,” ujarnya yang telah menduduki RRP sejak tahun 2023.
Azimah turut berharap agar bantuan ini dapat diteruskan bagi membantu lebih ramai orang yang memerlukan.
Turut menerima sumbangan Ihya Ramadan adalah 16 orang penerima rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di kawasan Dewan Undangan Negeri Jengka.
-ZS-