
Laporan/foto: Muhammad Nashran/Muhammad Hariz (Kampar)
GOPENG, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama anjuran Kerajaan Negeri Perak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tualang Sekah menyaksikan seramai 214 isi rumah B40 menerima sumbangan baucar sebanyak RM150 sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah Mohd Azlan Helmi, beliau bersyukur atas penambahan jumlah penerima sumbangan baucar kali ini terutama bagi penduduk di Tualang Sekah.
“Kita telah mendapat kerjasama baik daripada Pasaraya Mydin Gopeng yang bersetuju untuk memberikan diskaun kepada semua penerima.
“Saya berharap sumbangan ini dapat mengurangkan beban serta membawa senyuman kepada mereka yang diraikan,” katanya ketika ditemui di Pasaraya Mydin Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, di sini pada Ahad.
-ZS-