Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Agro MADANI Semarak Syawal

By 2 April 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim/Hafizullah Abdul Aziz (Pendang)

PENDANG, 2 Apr (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengadakan program Jualan Agro MADANI Semarak Syawal bertempat di Pasar Tani Pendang di sini pagi ini.

Menurut Pengarah FAMA Kedah yang ditemui dalam program tersebut, Zuriana Adam, program ini diadakan bagi memastikan orang ramai boleh mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga yang lebih murah.

“Selain daripada membantu orang ramai mendapatkan barangan dengan potongan harga serendah 10% hingga 30%, hasrat kementerian juga adalah untuk membantu usahawan-usahawan memasarkan barangan jualan mereka secara terus kepada orang ramai,” jelasnya.

Antara barangan yang terdapat di jualan pada hari ini adalah pelbagai barangan runcit yang dijual secara kombo, minyak masak paket, beras, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, daging segar, ayam segar dan banyak lagi.

“Program pada hari ini merupakan program dan lokasi yang ke-83 dalam siri jelajah FAMA dan sebelum raya iaitu pada 7 April kami akan berada di Sungai Petani untuk lokasi jelajah yang seterusnya,” jelas Zuriana.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda