Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konvoi Singgah Sahur Dun Durian Tunggal Santuni Sukarelawan KRT

By 7 April 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Azran Abdul Malek (Alor Gajah)

DURIAN TUNGGAL, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 40 buah kenderaan melibatkan motosikal dan kereta berkonvoi melalui check point yang telah ditetapkan bersempena Program Singgah Sahur Dun Durian Tunggal.

Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Durian Tunggal, Zahari Abd Kalil berkata, program tersebut diadakan bagi menghargai petugas sukarelawan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menjalankan tugas mengawal keselamatan kawasan taman.

“Kita dengan kerjasama gabungan belia 4B Dun Durian Tunggal serta pelbagai agensi kerajaan telah berkonvoi pada malam ini bagi mengedarkan bungkusan makanan melibatkan enam kawasan KRT dan satu balai polis,” katanya.

Pelbagai agensi kerajaan turut bersama dalam program tersebut antaranya Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah, Pejabat Perpaduan Daerah Alor Gajah dan Agensi Antidadah Daerah Alor Gajah.

-AA-

Tinggalkan komen anda