Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Cerapan Nilai Perpaduan Menerusi Seni Persembahan Dikir Barat

By 26 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wee Kim Been

PASIR MAS, 25 Mei (MalaysiaAktif) – Persembahan Dikir Barat cukup sinonim dalam kalangan masyarakat di Negeri Kelantan tanpa mengira usia dan latar belakang.

Melihat kepada minat mendalam dalam kalangan belia, pihak Komuniti Madani Chabang 4 Tendong, Pasir Mas cuba mewarnai Program JIWA Madani melalui persembahan Dikir Barat dalam mengeratkan silaturahim kemasyarakatan dan perpaduan kaum.

Menurut Mat Zahid Junuh, 58, selaku Pengerusi Komuniti Madani Chabang 4 Tendong, tujuan utama persembahan Dikir Barat ini adalah untuk mengasah bakat baru anak muda.

Ucapan Perasmian oleh Mohd Nor Aswadi Md.Nor, Pengarah JaPen Kelantan

“Program begini adalah salah satu inisiatif bagi membina anak muda ke arah minda yang lebih kreatif dalam mencipta lagu-lagu Dikir barat dengan nilai perpaduan.

“Melalui usaha ini, seni persembahan Dikir Barat bukan hanya menjadi ejen perpaduan tetapi turut boleh dijadikan pengantara di antara masyarakat dan kerajaan menerusi penggunaan elemen dasar-dasar kerajaan di dalam sesi berdikir,” tambahnya.

 

 

Marzeki Mohamed, tidak ketinggalan untuk menyaksikan setiap kali persembahan dikir barat dalam kalangan anak- anak muda di Kelantan, dengan pelbagai mesej yang membina untuk generasi muda & negara

Marzeki Mohamed 60, berkata beliau tidak ketinggalan untuk turut serta setiap kali persembahan Dikir Barat diadakan di sekitar kampung kerana keindahan budaya masyarakat di Kelantan sentiasa relevan tidak ditelan zaman,” katanya kepada MalaysiaAktif semalam.

Turut hadir dan merasmikan majlis JIWA Madani DUN Tendong, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kelantan Mohd Nor Aswadi Md. Nor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda