Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

FAMA Perlis Bimbing Usahawan FAMA Kuasai Pemasaran Menggunakan Platform TikTok

By 30 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang usahawan bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri Perlis telah menyertai Program TikTok Pick, Perlis Pulse bertempat di sebuah hotel, di sini semalam.

Pengarah FAMA Perlis Anzara Azizan, berkata program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan pendapatan dan pengetahuan para pengusaha Perlis yang berdaftar dengan FAMA Perlis melalui penggunaan platform e-dagang terkemuka seperti TikTok Shop.

Anzara Azizan (tengah) bersama Nur Azre dan Tony Lim (kanan) menunjukan produk usahawan FAMA Perlis yang akan dipasarkan di platform TikTok Shop.

“Di samping itu, objektif yang utama adalah untuk memberi pendedahan mempelbagaikan akses pasaran kepada usahawan bimbingan FAMA dan mengalakkan inovasi dalam pemasaran agromakanan,” ujarnya.

Jelas Anzara lagi, program ini merupakan projek percubaan kepada 50 orang peserta untuk menjual produk mereka secara online di platform TikTok  yang mempunyai lebih dua puluh juta pengikut.

“Pihak kami juga hari ini berkolaborasi dengan pihak syarikat penghantaran City Link untuk membolekan para peserta mengetahui kaedah penghantaran hasil produk dengan lebih teratur dan berkesan,” katanya.

Antara usahawan bimbingan FAMA yang hadir.

Turut hadir Ketua Hubungan Strategik TikTok Shop Azre Abdul Aziz dan Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan City Link Tony Lim Chee Seng.

-ZS-

Tinggalkan komen anda