
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA
SHAH ALAM, 16 Mei (Malaysiaaktif) â Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) berjaya menyertai ‘International PSA Innovation, Technology, Engineering & Commercialization Conference’ (IPiTEC) 2024 semalam, secara dalam talian.
Program anjuran Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia (MTDA) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Universitas Pamulang (UNPAM), Indonesia dijayakan lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Australia dan Afghanistan.

Antara peserta yang menyertai IPiTEC 2024 menyaksikan sebanyak 80 produk inovasi dan 91 kertas pembentangan dari lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Australia dan Afghanistan
Bertemakan ‘From Inspiration to Implementation: Cultivating a Culture of Innovation and Commercialization in Higher Education’ menyaksikan 80 produk inovasi dan 91 kertas pembentangan berjaya diketengahkan.
Menurut Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman, IPiTEC bertujuan memperkasa selain membudayakan pendidikan dan penyelidikan teknikal di kalangan ahli akademik serta pelajar.
“Institusi pendidikan dan penyelidikan memainkan peranan yang penting dalam memupuk ekosistem ini sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih mampan.
“Justeru kita juga berharap kajian serta inovasi yang diketengahkan ini dapat diimplementasi dan dikomersialkan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat,â katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ts Dr Ahmad Aftas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Big Data @ PSA Unlocking Insights: The Power of Big Data’
IPiTEC 2024 merupakan program anjuran Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia (MTDA) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Universitas Pamulang (UNPAM), Indonesia.
Majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi MTDA, Ir Dr Mohamad Tarmizi Abu Seman.
Dalam majis tersebut, Aplikasi Penderia dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Memperkasakan Pertanian oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah dinobatkan sebagai inovasi terbaik, diikuti âAircraft Emergency Exit Door Alerting Systemâ (Politeknik Banting Selangor) dan âDBM10013 Mathescape: Castle Equations – A Gamified Journey Through Mathematical Realmsâ (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).
-AA-