Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

IPiTEC 2024 Ketengahkan Inovasi dan Penyelidikan TVET

By 55 minit yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA

SHAH ALAM, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) berjaya menyertai ‘International PSA Innovation, Technology, Engineering & Commercialization Conference’ (IPiTEC) 2024 semalam, secara dalam talian.

Program anjuran Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia (MTDA) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Universitas Pamulang (UNPAM), Indonesia dijayakan lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Australia dan Afghanistan.

Antara peserta yang menyertai IPiTEC 2024 menyaksikan sebanyak 80 produk inovasi dan 91 kertas pembentangan dari lima negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Australia dan Afghanistan

Bertemakan ‘From Inspiration to Implementation: Cultivating a Culture of Innovation and Commercialization in Higher Education’ menyaksikan 80 produk inovasi dan 91 kertas pembentangan berjaya diketengahkan.

Menurut Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman, IPiTEC bertujuan memperkasa selain membudayakan pendidikan dan penyelidikan teknikal di kalangan ahli akademik serta pelajar.

“Institusi pendidikan dan penyelidikan memainkan peranan yang penting dalam memupuk ekosistem ini sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih mampan.

“Justeru kita juga berharap kajian serta inovasi yang diketengahkan ini dapat diimplementasi dan dikomersialkan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ts Dr Ahmad Aftas menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Big Data @ PSA Unlocking Insights: The Power of Big Data’

IPiTEC 2024 merupakan program anjuran Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia (MTDA) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Universitas Pamulang (UNPAM), Indonesia.

Majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi MTDA, Ir Dr Mohamad Tarmizi Abu Seman.

Dalam majis tersebut, Aplikasi Penderia dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Memperkasakan Pertanian oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah dinobatkan sebagai inovasi terbaik, diikuti ‘Aircraft Emergency Exit Door Alerting System’ (Politeknik Banting Selangor) dan ‘DBM10013 Mathescape: Castle Equations – A Gamified Journey Through Mathematical Realms’ (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).

-AA-

Tinggalkan komen anda