
Laporan/foto: Rose Ryqal/Zai Zack
KLANG, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Orang ramai berpeluang menikmati pelbagai menu makanan di Jom Makan Food Festival bersebelahan perkarangan tempat letak kereta Masjid Kota Raja yang sedang berlangsung, bermula dari 27 hingga 31 Mei ini.

Ayam pasu antara makanan yang laris dijual di sini.
Seramai 50 peniaga menawarkan pelbagai juadah daripada menu tradisional, moden sehinggalah antarabangsa menjadi tarikan utama dengan anggaran kehadiran pengunjung seramai 500 orang setiap hari.
Antara makanan yang menjadi tarikan di sini ialah ayam pasu, shawarma, nasi ayam Thailand, ‘churros’, kek lapis premium dan pelbagai lagi.
Menurut pelanggan, Zainal Ariffin, 41, makanan di festival itu sedap dan menepati seleranya sekeluarga dengan harga antara RM10 hingga RM15.

Antara pelanggan yang menjamu selera di ruang makan yang disediakan.
“Ramai pengunjung datang setiap hari dan kami menawarkan harga berpatutan sesuai dengan masa kini,” kata pemilik Wak Fried Chicken, Raja Munirah Raja Adnan, 39, di sini semalam.
Festival ini turut diselitkan juga dengan permainan dan aktiviti kekeluargaan, kuliah khas agama, nasyid dan qasidah.
-ZS-