Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Karnival Kesihatan Tingkat Kesedaran Rakyat

By 12 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Program kesihatan di kawasan komuniti dapat mendekatkan hubungan antara hospital dan masyarakat serta memudahkan akses saringan kesihatan dan perubatan yang menyeluruh sesuai dengan kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kita akan cuba untuk menganjurkan program seperti ini setiap bulan khusus untuk penduduk Lembah Pantai bagi meningkatkan kesedaran mereka supaya sentiasa membuat saringan kesihatan secara berkala,” katanya.

Antara pengunjung yang mendapatkan melakukan saringan kesihatan secara percuma.

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, berkata demikian semasa merasmikan Program Karnival Kesihatan Lembah Pantai di IWK Eco Park @ Lembah Pantai, di sini semalam.

“Melalui sejumlah saringan kesihatan untuk warga yang mungkin sedikit sukar untuk ke hospital dan sekurang-kurangnya terdapat lima Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berhampiran dengan kapasiti penduduk yang ramai dan ini menjadikan IWK Eco Park sebagai lokasi strategik untuk dijadikan sebagai tempat program sebegini,” katanya.

Program Jualan Rahmah Madani turut diadakan.

Fahmi turut menyatakan komitmen untuk penganjuran program kesihatan pada masa hadapan supaya ramai pakar perubatan dalam pelbagai bidang dapat bersama memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Program bersama Hospital Pantai itu turut menyediakan pelbagai perkhidmatan kesihatan seperti pemeriksaan paru-paru, pemeriksaan darah, penilaian postur dan kekuatan, analisis indeks jisim tubuh (BMI) dan komposisi badan, pemeriksaan pergigian, pemeriksaan klinikal payudara dan perkhidmatan x-ray paru-paru.

Dianggarkan seramai 300 orang telah menyertai aktiviti dan ujian saringan kesihatan yang ditawarkan.

Turut diadakan Program Jualan Rahmah Madani yang menjual pelbagai barangan basah seperti ikan dan hasil laut yang lain, daging segar, ayam segar, sayur-sayuran, buah-buahan dan beras pada harga yang murah berbanding harga runcit semasa.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Kuala Lumpur Eric Lam, Ketua Bahagian Ambulatori, Sokongan dan Kesihatan Bersekutu (AAA) Mohd Hareff Muhammed, Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia Liew Swee Lee dan Ketua Pegawai Operasi Pantai Hospital Kuala Lumpur Kwan Choon Yoong.

-ZS-

Tinggalkan komen anda