
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Perbadanan Labuan
LABUAN, 12 Mei (Malaysiaaktif) – 72 orang Jemaah Haji Muasassah di Labuan menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM500 seorang daripada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

Para bakal haji lelaki bergambar kenangan bersama Rithuan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, JWP memperuntukkan sebanyak RM1.102 juta kepada bakal jemaah haji muassasah peringkat Wilayah Persekutuan termasuk sebanyak RM36,500 untuk Labuan.
“Sumbangan ini bertujuan untuk membantu para jemaah haji dalam merancang persiapan dan sedikit sebanyak dapat membantu meringkan perbelanjaan para jemaah haji untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Antara bakal jemaah haji wanita mengaminkan doa yang dibaca.
“Saya mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mendoakan agar semua urusan perjalanan dipermudahkan dan semoga semua bakal jemaah haji dikurniakan haji yang mabrur,” katanya semasa majlis penyampaian sumbangan itu, di sini semalam.
Menurutnya, JWP akan terus komited untuk memberi fokus dalam menyokong keperluan rakyat, termasuk dalam aspek keagamaan dan ibadah.
-ZS-