Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Pengamal Media Perlu Adaptasi Perubahan Zaman Digital

By 26 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili

KUCHING, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Pengamal media perlu mengadaptasi perubahan zaman digital dalam memastikan cabaran yang dihadapi dapat dilalui dengan lebih mudah tanpa perlu mengorbankan integriti dan prinsip kewartawanan itu sendiri.

Ketika merasmikan Pameran Hari Wartawan (HAWANA) 2024 di sini semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata evolusi dalam dunia kewartawanan semakin hari semakin melalui cabarannya tersendiri dalam memenuhi kehendak dan tuntutan masyarakat yang menginginkan maklumat yang kini boleh diakses di hujung jari.

Gambar kenangan bersama pemenang Pertandingan Fotografi yang bertemakan ‘Media In Action’ sempena HAWANA 2024.

“Bermula dengan surat khabar yang menjadi media utama, kini pengamal media terpaksa bersaing sehinggakan kadang-kala masyarakat keliru dengan maklumat sebenar atau berita palsu susulan lambakan maklumat yang mudah diperolehi.

“Pada zaman digital kini, wartawan bukan sahaja perlu pandai mengolah atau menulis berita, mereka perlu memiliki kemahiran lain seperti mengambil dan menyunting gambar serta video untuk memenuhi kehendak pembaca yang kini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Sementara itu ketika bercakap mengenai pameran tersebut Fahmi memberitahu, pameran HAWANA 2024 merupakan catatan sejarah yang perlu dihargai.

Fahmi merakam kan gambar kenangan bersama tetamu yang hadir semasa Majlis Perasmian Pameran HAWANA 2024.

“Justeru, pameran ini mengajak kita untuk bersama-sama mengimbau peranan yang dimainkan oleh industri media dalam membentuk sejarah negara kita,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pameran tersebut adalah lambang kepada dedikasi, ketabahan dan komitmen pengamal media yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran.

Pameran HAWANA 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam turut disertai sebanyak 20 agensi yang mempamerkan perkhidmatan masing-masing.

-ZS-

Tinggalkan komen anda