
Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)
KUALA TERENGGANU, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Penyertaan Orang DiParol (ODP) melalui program dan aktiviti kemasyarakatan dapat membuang stigma negatif terhadap komuniti parol itu.
“Penglibatan ODP yang menjalani hukuman luar tembok pada program ini juga memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama menyertai aktiviti kemasyarakatan dan menyumbang bakti supaya usaha mereka diterima dalam kalangan komuniti.

Khairul Samri ketika ditemu bual Malaysia Aktif.
“Saya juga berharap masyarakat tidak terus menyisih dan memberi peluang untuk membuktikan mereka mampu berubah ke arah yang lebih baik,” kata Pengerusi Komuniti Madani Pulau Kambing Khairul Samri Salim dalam Program Jiwa MADANI Peringkat Daerah Kuala Terengganu, di sini kelmarin.
Lebih 20 individu termasuk ODP dan Komuniti MADANI Pulau Kambing menyumbang tenaga bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Kambing dalam program tersebut.
Menurutnya Khairul Samri lagi, tanggungjawab dan usaha membersihkan kawasan itu adalah untuk memberikan imej lebih sempurna, menjaga kebersihan dan memberi suasana selesa kepada ahli keluarga yang datang menziarah perkuburan.

Rama/Chandran merasa teruja dapat sertai program gotong-royong kali ini.
Salah seorang ahli komuniti Rama/Chandran, 53, merasa bertuah kerana turut menyertai program gotong-royong kali ini.
“Program gotong-royong pada hari ini dapat memperkukuh perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini melalui semangat bantu-membantu tanpa mengira latar belakang politik,” katanya.
Penolong Pegawai Parol Daerah Kuala Terengganu INSP Dzuhir Mohamad turut hadir menyampaikan taklimat berkenaan pemulihan di luar tembok penjara.
-ZS-