Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Trim and Fits Didik Rakyat Pilih Makanan Sihat

By 27 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/PKD Bagan Datuk

TELUK INTAN, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bagan Datuk dengan kerjasama Pasaraya TF Mart-Value Teluk Intan menganjurkan Aktiviti Kembara Pemakanan Sihat (AKPS) bagi mendidik rakyat berkenaan kaedah memilih menu sihat dalam pemakanan seharian.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Dr Mohamad Zarudin Mat Said, program yang dianjurkan sempena sambutan Bulan Pemakanan Malaysia ini bertemakan ‘Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan’.

Program Trim and Fits membantu peserta membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan makanan sihat.

“Tujuan program dilaksanakan adalah untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan mengamalkan pemakanan sihat dan hidup secara aktif dalam mencegah penyakit berjangkit,” katanya ketika merasmikan program di Pasaraya TF Mart-Value, di sini kelmarin.

Tambahnya, salah satu modul pengisian dalam AKPS kali ini adalah Program Trim and Fits dan antara aktiviti yang dilaksanakan adalah My Nutri Trolley.

“Melalui aktiviti secara berkumpulan ini, peserta diberikan tugasan berdasarkan satu senario yang mana mereka dikehendaki menggunakan kreativiti untuk merancang pilihan menu yang tepat dan menyihatkan.

Antara peserta yang terlibat dalam aktiviti My Nutri Trolley.

“Selain dinilai secara berkumpulan, peserta turut dinilai secara individu demi memastikan mereka telah memahami sepenuhnya konsep ‘Pinggan Sihat Malaysia’ dan boleh melaksanakannya secara praktikal,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar budaya mengambil pemakanan sihat tidak terhenti di bulan ini sahaja bahkan menjadi amalan setiap lapisan masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda