
Laporan/foto: Robani Nabi Ahmad/Mohd Anizan Mat Daud (Kota Bharu)
KOTA BHARU, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Program JIWA Madani Pejabat Penerangan Daerah Kota Baru menjadi medan ikatan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Berteraskan kaum dan agama, meraikan perbezaan menyuburkan sikap toleransi dalam setiap tindakan untuk negara terus maju ke hadapan.

Membersih tiang bendera kesucian menggunakan air susu sempena sambutan perayaan Vaisakhi.
Usaha yang direncanakan demi memupuk perpaduan ialah menyambut perayaan Vaisakhi di antara berbilang kaum yang diadakan semalam.
Program di Gurdwara Sikh Temple, Kota Bharu, memberi pendedahan kepada bangsa lain yang turut serta mengetahui budaya dan tradisi kaum Sikh.
Dalam ucapan perasmian, Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Hasim Muhamed, berkata sambutan perayaan Vaisakhi yang diraikan tanpa mengira latar belakang kaum dan agama berjaya membina pemahaman dan rasa hormat dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini,

Menghormati budaya dan agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat berbilang kaum.
“Ini adalah kunci keamanan serta keharmonian dalam negara yang berbilang kaum dan agama, sekali gus menjadi asas kepada pembinaan negara dan berupaya mencapai semangat Malaysia MADANI,” katanya.
Katanya lagi, menghormati budaya dan agama etnik lain menjadi ciri kepada masyarakat berbilang kaum dan menjadi kewajipan setiap rakyat untuk terus mengekalkan tanggungjawab menerusi amalan lima prinsip Rukun Negara.”
Hadir sama program ini, Pengerusi Persatuan Sikh Sri Sahib Kota Bharu Dr.Joginder Singh, Pengerusi JPKKP Kampung Dusun, Datin Norizam Ibrahim, Surinder Kaur dan Savraj Singh mewakili komuniti Sikh Kota Bharu.
-ZS-