
Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)/Yayasan Sultanah Bahiyah
ALOR SETAR, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Sebanyak 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri Kedah telah menerima sumbangan geran tahunan bernilai RM45 ribu daripada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB), di sini semalam.

Antara penerima yang telah menerima sumbangan geran tahunan.
Pengurniaan geran tahunan ini telah disempurnakan oleh Tunku Temenggong Kedah Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah selaku Pengerusi YSB.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan YSB Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato’ Tunku Hajah Nafisah dalam ucapannya, berkata YSB melalui jawatankuasa kebajikan memberikan sokongan dan galakan kepada NGO yang aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti amal di negeri Kedah melalui bantuan geran tahunan ini.

Antara penerima yang telah menerima sumbangan geran tahunan.
“Geran tahunan ini juga merupakan salah satu inisiatif YSB untuk membantu persatuan dan pertubuhan yang terpilih bagi meneruskan agenda dalam memperkukuhkan objektif mereka,” jelasnya.
Dalam majlis yang sama, di bawah Projek Titian Bistari, YSB turut menyampaikan sumbangan televisyen pintar bernilai RM14 ribu kepada tujuh buah sekolah terpilih iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, SK Tandop Besar, SK Kampung Bukit, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Henriettha, SK Guar Kepayang, SK Seri Amar Diraja dan SK Gulau.
-ZS-