Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Fasa ke-3 Operasi Hormat Undang-Undang Bermula

By 7 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina binti Abd Samad/ PDRM (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 7 Jun ( Malaysiaaktif) – Operasi Hormat Undang-Undang (Op HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur bermula pada 4 Jun hingga 15 Jun 2024 dilaksanakan dengan konsep ‘Total Enforcement’.

Jumlah kesalahan saman yang dikeluarkan bermula dari 4 hingga 6 Jun adalah sebanyak 9427. Antara kesalahan tertinggi yang dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah Halangan Lalu Lintas iaitu sebanyak 7123, Kenderaan di Laluan Pejalan Kaki 699, Tiada Lesen Memandu (Tempatan) 236 dan Lesen Kenderaan Motor Tamat Tempoh 155 helai saman. Jumlah keseluruhan tangkapan adalah sebanyak 25.

Op HUU yang diadakan di sekitar Kuala Lumpur

Operasi yang dijalankan pada hari tersebut adalah OP Telepon Bimbit, OP Motosikal, OP Had Laju/ LSD/ OP Perdagangan dan OP Halangan.

Terdahulu Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pengguna jalan raya dinasihati agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan pemanduan berhemah demi keselamatan pengguna jalan raya yang lain termasuk menjaga imej Kuala Lumpur sebagai pusat bandar raya.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Trafik KL di talian 03-2071 9999/ 03-2071 9777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” ujarnya.

Fasa pertama Op HUU telah diadakan pada 3 hingga 31 Julai 2023 dan fasa kedua pada 15 hingga 29 September 2023.

-AA-

Tinggalkan komen anda