
Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/PUO
IPOH, 21 Jun (Malaysiaaktif) – Lebih 600 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor khususnya kejuruteraan, teknologi maklumat dan perdagangan ditawarkan sepanjang Program Career Fest@Politeknik Ungku Omar (PUO) 2024, di sini kelmarin.

Dr. Shamsuri (kanan) ketika melakukan lawatan ke reruai syarikat industri yg terlibat.
Menurut kenyataan PUO, program melibatkan 35 buah syarikat dari pelbagai industri itu dihadiri lebih 1,000 pengunjung terdiri daripada pelajar, alumni serta belia di sekitar bandaraya Ipoh.
“Mereka berpeluang mengenali syarikat dan bakal majikan di samping menjalani sesi temuduga terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan di industri.
“PUO turut mendapat kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada pelajar PUO dan pencari kerja menerusi program ini,” jelasnya.

Sesi temu duga terbuka.
Career Fest@PUO 2024 memberi manfaat yang besar kepada para pelajar dan pencari kerja yang akhirnya diharap dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan melalui peningkatan kebolehpasaran dan pembinaan modal insan yang berkualiti.
“Pihak industri turut berpeluang mengenal pasti calon yang berpotensi untuk ditawarkan pekerjaan seterusnya mengukuhkan jaringan kerjasama positif antara rakan industri dan PUO,” kata kenyataan tersebut.
Hadir sama Pengarah PUO Dr. Shamsuri Abdullah.
-ZS-