Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Dua Meninggal Disyaki Keracunan Makanan

By 11 Jun 2024Jun 12th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/Facebook Selayang Hospital 

GOMBAK, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima laporan dua kes kematian disyaki akibat keracunan makanan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata kes mangsa pertama merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 17 tahun.

“Mangsa telah makan makanan yang dibawa balik oleh ibunya selepas menghadiri satu program di sebuah sekolah pada 8 Jun.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak kes mangsa pertama merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 17 tahun.

“Selepas memakan makanan tersebut, mangsa, ibu dan bapanya telah mengalami cirit birit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia semalam selepas tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur.

Menurut Ariffin, mangsa kedua merupakan seorang bayi perempuan warga tempatan berumur dua tahun.

“Mangsa disyaki memakan makanan yang dibawa balik bapanya dari sekolah yang sama dengan mangsa pertama.

“Mangsa disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.

“Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda