Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

KPDN Perlis Perkukuh Ops Tiris 3.0

By 1 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Mei lalu, sebanyak 5,572 pemeriksaan telah dijalankan oleh Pejabat Kementerian Penggunaan Dalam Negeri (KPDN) Perlis di bawah penguatkuasaan Ops Tiris 3.0.

Pengarahnya Norazah Jaapar berkata demikian semasa sidang media selepas menyertai Ops Kesan 2.0 Pelaksanaan Penyasaran Subsidi Diesel di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini semalam.

Penerangan mengenai Budi Madani turut diberikan kepada pengguna kenderaan berenjin diesel.

Bermula 10 Jun kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia  dengan penetapan harga runcit bahan api diesel pada RM3.35 seliter.

Ops Tiris 3.0 meliputi pos kawalan di ICQS, stesen minyak, pemborong, kuari dan premis perniagaan lain-lain terutamanya di kawasan sempadan negara.

“Ini termasuklah peluasan skop pelaksanaan(yang meliputi barangan kawalan yang lain iaitu gula putih bertapis (kasar dan halus), minyak masak dalam bungkusan polybag 1 kilogram, tepung gandum, Petrol RON95 dan gas petroleum cecair,” katanya.

Pemantauan kepada kenderaan yang menggunakan minyak diesel di salah satu stesen minyak.

Menurutnya lagi, Ops Tiris 3.0 turut diperkukuhkan dengan penempatan pegawai-pegawai penguatkuasa KPDN di ICQS.

“Ops Tiris 3.0 di Perlis ini turut melibatkan penguatkuasan bersepadu agensi-agensi penguatkuasaan lain termasuk polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Kastam,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda