Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

FAMA Anjur Jualan Agro Madani Sempena Aidiladha

By 14 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/FAMA

RUNGKUP, 14 Jun (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menganjurkan Jualan Agro Madani di Pasar Awam Selekoh, di sini semalam.

Mohd Fais Mohd Isa (berbaju hijau) sedang melayan permintaan pelanggan yang membeli pek Kombo Madani.

Menurut Pegawai FAMA Daerah Bagan Datuk Mohd Fais Mohd Isa, 37, edisi jualan kali ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan rakyat yang akan menyambut Aidiladha beberapa hari lagi.

“Pengunjung yang hadir bukan sahaja boleh mendapatkan pelbagai barang runcit keluaran usahawan tempatan dengan harga yang berpatutan malah akan beroleh penjimatan antara 10 hingga 30 peratus bagi setiap pembelian,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi FAMA Bagan Datuk, Muhamad Aiman Ramli, 28, berkata pek Kombo Madani adalah antara produk yang sentiasa mendapat permintaan daripada pembeli kerana produk yang ditawarkan hanya berharga RM10 berbanding harga asal RM15.

Pengunjung mula beratur untuk membeli barangan runcit.

“Pek kombo ini hanya ditawarkan kepada 200 pembeli terawal dan di dalamnya mengandungi produk ayam segar, sayur-sayuran dan bawang besar,” ujarnya.

Rata-rata pengunjung telah beratur seawal pukul 8.30 pagi untuk membeli barangan runcit dan pek Kombo Madani telah habis terjual selepas 30 minit sejurus jualan bermula.

-ZS-

Tinggalkan komen anda