
Laporan/foto: Muhammad Naim Mohd Shaari (Jempol)
JEMPOL, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Hutan Lipur de Bana merupakan hutan pamah dipterokarpa di daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Hutan Lipur de Bana hanya 18 kilometer dari Bandar Seri Jempol.
Terletak di kawasan Lui dan merupakan sebahagian daripada hutan simpan Pasoh yang berada pada ketinggian lebih kurang 200 meter dari paras laut.
Lokasinya yang hanya 18 kilometer dari Bandar Seri Jempol menyebabkannya sering menjadi tumpuan penduduk tempatan di daerah ini.
Linda Aziz, 38, berkata beliau kerap berkunjung ke sini kerana kemudahan yang lengkap dan sesuai untuk melakukan aktiviti bersama keluarga.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti mandi sungai dan sebagainya.
“Saya berharap pengunjung yang datang ke sini menjaga kebersihan dan tidak merosakkan kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan kerana hutan lipur ini berpotensi untuk dikomersialkan,” katanya semalam.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini termasuklah merentas hutan, perkhemahan, mandi sungai dan barbeku.
Pengunjung yang bercadang untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam perlu meminta kebenaran daripada Pejabat Hutan Daerah, Negeri Sembilan Timur di talian 06-4811036.
-ZS-