Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Ketirisan Sumber Negara Ancaman kepada Kedaulatan dan Kemakmuran

By 4 hari yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar

GUA MUSANG, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Ketirisan sumber pendapatan negara akibat aktiviti penyeludupan di pintu-pintu masuk negara boleh ancaman  kepada kedaulatan dan kemakmuran negara.

Menurut Muhammadi Iman Masjuri dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Kelantan, memanipulasikan harga barang keperluan rakyat juga merupakan ancaman kepada rakyat dan negara.

“Pembekal tidak seharusnya mengambil kesempatan menaikan harga terutama di kawasan luar bandar,” katanya.

Muhammadi, berkata demikian di forum isu-isu semasa ‘Ketirisan Sumber Negara Ancaman kepada Kedaulatan dan Kemakmuran Negara’ bersempena Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kesedar Putra, di sini kelmarin

Manakala wakil Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan (MKN) Mohd Zakwan Nawi, berkata  isu ketirisan sumber bukan suatu perkara yang baharu.

“Negara sering menghadapi ketirisan sumber tetapi ianya boleh dikawal.

“Cuma dikhuatiri akan menjadi ancaman kepada kemakmuran negara sekiranya tidak dapat dikawal,” katanya.

Forum yang disertai seramai 200 orang penjawat awam daripada pelbagai jabatan dan agensi daerah ini dikendalikan oleh Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf Pengurusan Isu (GSPI) Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kelantan Nadiya Haneem Zaminudin sebagai moderator.

Seorang penjawat awam, Fakri Mohamad, 50, mengingatkan semua pihak betapa pentingnya menjaga kemakmuran dan keamanan bagi mengekalkan kesejahteraan negara.

“Sebagai penjawat awam kita perlu tahu ketirisan yang boleh menyebabkan ancaman kepada negara,” katanya.

Turut hadir Pengarah JaPen Negeri Kelantan Mohd Nor Aswadi Md. Nor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda