Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Kita Madani Medium Pasar Maklumat dan Dasar Kerajaan Secara Terus Pada Masyarakat

By 30 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Firdaus Aziz (Gua Musang)

GUA MUSANG, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Program Kita Madani Peringkat Negeri Kelantan telah berlangsung di Gua Musang selama dua hari.

Program ini adalah salah satu platform utama Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia untuk memasarkan maklumat dasar-dasar kerajaan dan mesej-mesej kenegaraan berteraskan konsep Malaysia Madani serta memberi perkhidmatan terus kepada masyarakat setempat.

Ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Setiausaha (S) Nik Kamaruzaman Nik Husin dalam program Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Kelantan

Antara pengisian yang telah dibawa dalam Program Kita Madani Peringkat Negeri Kelantan adalah Forum Kita Madani dan Forum Isu-Isu Semasa yang membincangkan tentang dasar kerajaan dan inisiatif kerajaan berteraskan konsep Malaysia Madani.

Timbalan Ketua Setiausaha (S), Nik Kamaruzaman Nik Husin berkata, pertubuhan Komuniti Madani merupakan gerakan sukarela di bawah kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia dan antara objektif penubuhan Komuniti Madani ini ialah menjana jaringan komunikasi sebagai agen perubahan untuk melahirkan masyarakat bermaklumat dan menerapkan nilai dan tonggak madani dalam kalangan masyarakat melalui komunikasi bersemuka, menjelaskan isu-isu semasa, dasar dan inisiatif kerajaan.

“Program ini telah disambut baik pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta swasta yang turut bersama sepanjang program berlangsung dan menjadi rakan strategik kepada pihak JAPEN dalam memperkasakan lagi usaha pemasaran maklumat dan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat,” katanya.

ADUN Galas, Syahbuddin Hashim, berterima kasih kepada pihak Kementerian Komunikasi dan JAPEN kerana telah memilih kawasan Galas untuk bersama-sama turun padang bagi memasarkan maklumat, inisiatif dan dasar-dasar kerajaan secara terus kepada rakyat.

Persembahan dikir barat dari kumpulan Songgoro dalam program Karnival Kita Madani

“Dengan cara sebegini ia dapat memberi maklumat dengan tepat dan menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat setempat berlandaskan konsep Madani yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,” ujarnya.

Turut hadir dalam program ini Nik Kamaruzaman Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (S) Kementerian Komunikasi, Yang Berhormat Tuan Haji Syahbuddin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Erwin Khairul Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan Malaysia dan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.

-AA-

Tinggalkan komen anda