Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Literasi Maklumat Buka Peluang Pembelajaran Kendiri Masyarakat Luar Bandar

By 20 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Rahimah Ajis@Abdul Ajis (Sarawak)

JULAU, 20 Jun (Malaysiaaktif) – Peluang pembelajaran sepanjang hayat seperti pembelajaran kendiri adalah amat penting untuk kemajuan diri dan kini ia cukup mudah diperolehi oleh orang ramai termasuk mereka yang berada di luar bandar seperti di Julau.

Antara peserta yang hadir dan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.

Menyedari peluang ini, Pustaka Negeri Sarawak Kampus Sibu telah mengambil inisiatif melaksanakan program mempromosikan keahlian dan literasi maklumat di sini sebagai pendedahan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Pustaka Negeri Sarawak Kampus Sibu sama ada secara fizikal atau secara dalam talian di Perpustakaan Awam Julau.

Menurut Tarmizi Malek yang juga Pegawai Pustaka Negeri Sarawak Kampus Sibu, program tersebut yang telah berlangsung selama sehari bertempat di Perpustakaan Awam Julau hari ini.

Katanya, ia adalah bertepatan dengan konsep kerajaan masa kini di mana ianya bertujuan untuk meningkatkan literasi maklumat.

Antara peserta yang hadir dan sesi bergambar bersama-sama sebagai tanda kenangan.

“Melalui program seperti ini dapat mendidik individu atau komuniti secara keseluruhan dengan segala kemudahan dan prasarana yang disediakan bertujuan sebagai pemangkin pembelajaran kendiri.

“Proses ini melibatkan penerokaan, bermain sambil belajar, dan menyemai pemikiran kreatif dan inovatif,” kata Tarmizi.

Antara pengisian yang ditawarkan di Pustaka Negeri Sarawak Kampus Sibu adalah termasuk pelbagai perkhidmatan yang merangkumi jurnal elektronik, pangkalan data atas talian, E-Akhbar, Bibiliografi Negeri Sarawak, Pengarang Sarawak, e-Sarawak Gazette dan u-Pustaka.

Menariknya lagi, perkhidmatan lain juga turut disediakan seperti kemudahan mengakses kepada bahan rujukan, kemudahan mendapatkan perkhidmatan pinjaman buku, ‘Fun Place’ untuk kanak-kanak dan juga ‘Makerspace’.

-ZS-

Tinggalkan komen anda