Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Retro Meriahkan Malam Muzik Perpaduan

By 30 Jun 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Burhanuddin Helmi Abd Rahani

KANGAR, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Malam Muzik Perpaduan sempena Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perlis telah diadakan dengan kerjasama Kelab 60an Pop Yeah Yeah Negeri Perlis di Perkarangan Hotel Brasmana, Kuala Perlis pada malam tadi.

Hadiah cabutan bertuah kepada para pengunjung.

Aktiviti ini bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan muzik retro kepada generasi muda dan mendedahkan kepada masyarakat tentang muzik retro yang hampir dilupakan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara semua generasi peringkat umur.

Pengerusi Kelab 60an bersalaman dengan para pengunjung yang hadir.

Pengerusi Kelab 60an Pop Yeah Yeah Negeri Perlis Amran Saad, berkata seramai 10 orang ahli kelab terlibat dalam persembahan ini di mana sebanyak 10 lagu era 60-an dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir.

“Pelbagai hadiah cabutan bertuah disediakan dan disampaikan oleh Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang untuk pengunjung yang hadir.

“Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan supaya generasi sekarang tidak melupai muzik retro yang pernah menghiburkan dan pernah menjadi halwa telinga satu ketika dahulu,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda