Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Sukan Rakyat Komuniti MADANI Instrumen Penyatuan Masyarakat 

By 10 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Mohamad Firdaus Abd Aziz

GUA MUSANG, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Sukan adalah instrumen terbaik untuk perpaduan rakyat serta sebuah platform penyatuan masyarakat Madani yang berbeza lapisan generasi.

Oleh itu, sembilan Komuniti MADANI di daerah ini telah bekerjasama mengambil peluang menganjurkan sukan rakyat melalui Program Jiwa Komuniti MADANI Peringkat Parlimen Gua Musang.

Sesi bergambar bersama semua Komuniti MADANI Daerah Gua Musang.

Sembilan Komuniti MADANI (KM) Daerah Gua Musang yang terlibat adalah KM Sungai Bayu, KM Chiku, KM Paloh, KM Limau Kasturi, KM Jeram Tekoh, KM Rantau Manis, KM Kampung Baru, KM Bandar Baru Musang dan KM Kuala Betis.

Menurut Pengerusi KM Jeram Tekoh Fakri Mohamed, 50, beliau berasa gembira kerana beliau dan barisan ahli jawatankuasannya diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah.

“Program sukan rakyat ini amat diperlukan terutama di kawasan luar bandar kerana aktiviti begini adalah salah satu hiburan bagi semua golongan di kawasan ini dan satu langkah mudah untuk menyatukan semua lapisan generasi dalam satu masa sama.

“Sebagai Komunti MADANI yang dipertanggungjawabkan di bawah seliaan Jabatan Penerangan, kami perlu bersama sepakat dalam menjayakan dan melaksanakan matlamat kerajaan Madani di peringkat akar umbi,” katanya.

Nadiya (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Selain aktiviti pertandingan sukan rakyat seperti boling padang, bola beracun, mencari harta karun dan rebut gula-gula kanak-kanak, terdapat juga pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Klinik Kesihatan Jeram Tekoh dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Jeram Tekoh.

Menurut Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) Nadiya Haneem Zaminuddin, kerjasama erat setiap komuniti diperlukan dalam merealisasikan peranan KM.

“Tugas utama KM adalah sebagai orang perantara di antara kerajaan dengan masyarakat dengan menyampaikan maklumat terkini dan isu semasa.

“Justeru, kerjasama seperti hari ini dapat membuktikan peranan KM berjaya mengeratkan hubungan  silaturahim antara komuniti di daerah Gua Musang dalam menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat,” katanya semasa merasmikan program kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda