Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Komuniti MADANI Parlimen Bachok Lancar Komuniti MADANI X NADI

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Farzliana Abdul Ghaffar Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini (Bachok)

BACHOK, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Sebagai usaha memperkasakan literasi digital dalam kalangan masyarakat setempat, Komuniti MADANI (KM) Parlimen Bachok telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Menerusi inisiatif ini, sembilan KM dan lapan NADI di Daerah Bachok dipadankan menerusi konsep kerjasama strategik Komuniti MADANI X NADI.

Menandatangani Tablet Simbolik Komuniti MADANI X NADI

Konsep ini diperkenalkan bertujuan untuk mempertemukan semua KM Daerah Bachok dan NADI Kluster Bachok dengan konsep kerjasama 1 Komuniti MADANI, 1 NADI mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Julina Johan yang hadir merasmikan program, berkata Komuniti MADANI akan terus menjalinkan kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui NADI yang mana akan menjadi platform kepada semua pihak untuk memperkasakan komuniti.

“Sebenarnya idea (kerjasama) ini dizahirkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil apabila dia nampak ada keperluan kerjasama strategik dengan adanya NADI iaitu satu produk SKMM kepada masyarakat,” katanya, di sini kelmarin.

Serahan Jalur Gemilang kepada wakil Ketua Komuniti MADANI.

Menurut Ketua Pengurus NADI Kluster Bachok Mohd Zahari Abdullah, melalui kaedah menyebarkan maklumat inisiatif kerajaan dan memastikan tiada KM dan NADI yang tertinggal melalui kerjasama muhibah ini.

“Sehingga kini seramai hampir 100 orang ahli jawatankuasa KM daerah Bachok telah mendaftar sebagai ahli NADI setakat ini,” katanya.

Pelbagai aktiviti berkaitan penggunaan teknologi dan latihan keusahawanan yang berkonsepkan Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 turut diadakan.

Turut hadir Pengarah SKMM Haji Fadzli Yusoff, mewakili, Ketua Jajahan Bachok Haji Shamsul Abu Bakar, wakil Ketua Polis Daerah Bachok ASP Yusrizal Mohamad Ghazal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda