Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Atlet Memanah Johor Sedia Pertahan Emas di SUKMA Sarawak

By 19 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Pasukan memanah Johor di Sukan Malaysia (SUKMA) sedia mempertahankan pingat emas pada edisi di Sarawak, Ogos depan.

Pandak yakin pasukan memanah Johor mampu mempertahankan kemenangan dua pingat emas pasukan tersebut di temasya SUKMA Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Ketua Kontinjen SUKMA Johor Datuk Pandak Ahmad, berkata berdasarkan pencapaian pasukan memanah dalam kejohanan jemputan di Bogor, Indonesia bulan lepas, beliau yakin pasukan memanah Johor mampu mempertahankan dua pingat emas pada edisi SUKMA Kuala Lumpur dua tahun lalu.

“Di Bogor kami berjaya memenangi 10 pingat emas, 10 pingat perak dan tujuh pingat gangsa dan menjelang SUKMA Sarawak akan datang pasukan memanah Johor berada dalam prestasi terbaik untuk mempertahankan pingat emas,” katanya ketika ditemui di Kejohanan Memanah Kebangsaan Sirkit 3/2024, di sini semalam.

Abdul Razak, berkata segala perancangan dilaksanakan untuk memastikan pasukan memanah Johor mengulangi kejayaan dua pingat emas sebelum meneruskan strategi menambah kutipan pingat emas.

Pandak juga memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri menawarkan insentif berjumlah RM10,000 kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas dan RM5,000 kepada jurulatih yang berjaya membantu atlet memperoleh pingat emas.

Berkongsi pandangan yang sama, Ketua Jurulatih Sukan Memanah Johor Abdul Razak Yaacob, berkata segala usaha bagi mencapai sasaran pasukan memanah Johor akan berterusan sehingga temasya SUKMA Sarawak bermula.

“Datuk Pandak Ahmad selaku ketua kontinjen dan Pengerusi Memanah Negeri Johor mahukan sasaran pingat emas yang lebih besar dan kita akan susun strategi agar dua pingat emas dapat dicapai terlebih dahulu,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda