Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

IPD Gombak Lupus Barang Kes Lebih RM1.2 Juta

By 19 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak melupuskan pelbagai barang kes Jabatan Siasatan bagi tempoh 2020 hingga 2024 dengan anggaran nilai berjumlah RM1.2 juta.

Noor Ariffin dan Baharudin menuang minuman keras ke dalam bekas sebelum dilupuskan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata turut dilupuskan 100 barang kes membabitkan 16 kertas siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Gombak sejak tahun 2015 sehingga tahun ini dianggarkan bernilai RM110,000.

“Pelupusan ini juga melibatkan 474 kertas siasatan perjudian, 10 kertas siasatan bitcoin, 48 kertas siasatan kontraban terdiri daripada 112,730 kotak pelbagai jenama rokok, 54,180 tin pelbagai jenama minuman keras, dan 9,940 botol pelbagai jenama minuman keras yang tidak bercukai.

“Pelupusan barang kes juga mebabitkan 358 kertas siasatan terdiri daripada 3,185 pelbagai barang kes am,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelupusan Barang Kes Perdana Tahun 2024 Peringkat IPD Gombak, di sini hari ini.

Antara barang kes yang dilupuskan IPD Gombak setelah mendapat kebenaran pihak hakim, majistret, Timbalan Pendakwa Raya serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Turut hadir Majistret Mahkamah Selayang, Chai Guan Hock dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.

Menurutnya, semua barang kes tersebut mendapat kebenaran pelupusan daripada hakim, majistret, Timbalan Pendakwa Raya serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia setelah kertas siasatan selesai perbicaraan serta dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

“Barang kes ini akan dilupuskan dengan kaedah E-Waste dan musnah mengikut prosedur ditetapkan Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

“Kali terakhir Majlis Pelupusan Barang Kes diadakan di IPD Gombak adalah pada Jun 2022,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda