
Laporan/foto: Mohd Said Kalihing (Sarawak)

Carolyne Tegong, salah seorang peserta bengkel.
KAPIT, 5 Jul (Malaysiaaktif) – Penghasilan produk kraf tangan dilihat boleh menjana sumber pendapatan dalam kalangan para suri rumah di daerah ini.
Salah seorang peserta bengkel, Carolyne Tegong, 34, yang juga suri rumah semasa ditemui, berkata beliau berterima kasih kepada penganjur dan melihat bengkel kraftangan tersebut amat baik dalam memberi pengetahuan tentang penghasilan kraftangan yang boleh dijadikan sumber pendapatan dalam kalangan suri rumah
Seramai 30 orang individu yang terdiri daripada suri rumah telah berjaya menyertai Bengkel Membuat Kraftangan anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Kapit semasa Program JIWA Madani di Rumah Manok Manchal, Sungai Yong, di sini semalam.

Roseny Manok Manchal, Guru Tadika Kemas.
Bagi Roseny Manok Manchal, 34, pula individu yang berminat dengan kraftangan harus mengambil peluang untuk menyertai bengkel tersebut memandangkan kursus-kursus kemahiran yang dianjurkan adalah amat terhad.
“Saya menyambut baik program seumpama ini dan berharap agar lebih banyak program seperti ini diadakan pada masa akan datang bagi membantu (ekonomi) penduduk di rumah-rumah panjang dan berharap kursus lain seperti jahitan dapat diadakan nanti,” katanya.
-ZS-