
Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/Pusat Khidmat ADUN Hutan Melintang
HUTAN MELINTANG, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Masyarakat perlu memandang serius kewujudan penyakit Hepatitis.
Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Bagan Datuk Dr. Mohamad Zarudin Mat Said, seperti mana penyakit Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Tuberculosis (Tibi), penyakit Hepatitis juga mudah berjangkit.

Perkhidmatan percuma kepada pengunjung.
“Selaras dengan Sambutan Hari Hepatitis yang disambut pada 28 Julai setiap tahun, sambutan kali ini membawa tema It’s Time For Action.
“Program hari ini bertujuan memberi kesedaran bahawa penyakit ini wujud dalam komuniti kita dan rawatan awal mampu menyembuhkannya,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Dato’ Haji Abdullah Ahmad, di sini kelmarin.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy menzahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diberikan oleh penduduk Bagan Datuk dan akan terus menyokong usaha Kementerian Kesihatan dalam penganjuran program seumpama ini.

Antara peserta yang hadir ke program ini.
“Masyarakat perlu terus dididik tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan.
“Ini kerana badan yang sihat bermula daripada diri sendiri iaitu bermula dengan tidur yang mencukupi, pengambilan makanan yang sihat, kekerapan melakukan aktiviti fizikal dan melakukan pemeriksaan kesihatan bila perlu,” ujarnya ketika berucap merasmikan majlis.
-ZS-