
Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)
TAIPING, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping terus dimeriahkan dengan satu program perarakan, di sini kelmarin.

Pengunjung yang setia menunggu sejak awal pagi.
Menariknya, dua ekor gajah betina iaitu Pian dan Rambai dari Kuala Gandah, Pahang didatangkan secara khas ke bandar ini bagi memeriahkan suasana perarakan selain mengembalikan nostalgia peranan gajah sebagai pemula pembangunan Taiping.
Perarakan Komuniti Taiping merupakan inisiatif persatuan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Taiping yang diilhamkan oleh Orang Besar Jajahan Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) Datuk Seri Wan Mohd Isa Wan Mohd Razali.
Menurut Wan Mohd Isa, program yang sepenuhnya diuruskan oleh Komuniti Taiping ini mendapat kerjasama Pejabat Daerah LMS, Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Taiping.

Wong Kah Woh turut menyertai Perarakan Komuniti Taiping.
“Sebanyak 53 kontinjen telah menyertai perarakan ini termasuk persatuan, pertubuhan, kelab, NGO, pasukan beruniform, bekas-bekas atlet, dan pancaragam sekolah.
“Gajah juga menjadi simbol untuk golongan kaya atau orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi serta dijadikan sebagai alat pengangkutan pada masa itu,” katanya.
Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh, Pegawai Daerah LMS Mohd Nasrul Menhat dan Yang Dipertua MPT Khairul Amir Mohamad Zubir.
-ZS-