Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Yang di-Pertuan Agong Ibarat Lambang Perpaduan Kaum

By 22 Julai 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Istana Negara

MASJID TANAH, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Tayangan siaran langsung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim sempena Program JIWA MADANI telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Pulau Semut, Masjid Tanah pada Sabtu.

Tan Yee Chek bangga hadir bersama menonton istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Masjid Tanah Tan Yee Chek, 36, berkata program tersebut sudah pasti memberi kesan kepada diri dan anaknya kerana pertama kali menonton istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong secara langsung.

“Saya melihat program hari ini bagus kerana dapat mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, semua rakyat Malaysia sudah pasti menantikan hari besar ini,”ujarnya.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah Salina Hasan@Abd Rashid, 47, program hari ini bukan hanya menyiarkan tayangan siaran langsung istiadat pertabalan malah terdapat aktiviti lain seperti pertandingan mewarna kanak-kanak dan kuiz kenegaraan.

Salina Hasan, dengan program ini diharap dapat membantu orang ramai memahami Sistem Raja Berperlembagaan.

“Dengan adanya program ini kita dapat memahami perjalanan majlis istiadat, alat-alat kebesaran, nama-nama sultan di setiap negeri dan banyak lagi ilmu-ilmu baharu yang kita perolehi,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda