Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Himpunan Pembebasan Palestin – Orang Ramai Diseru Hadir

By 2 Ogos 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim (Putrajaya)/Infografik Jabatan Penerangan

PUTRAJAYA, 2 Ogos (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam menyeru orang ramai untuk hadir ke perhimpunan solidariti bersama rakyat Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad ini.

“Kita buka ruang ini untuk semua pihak bersama-sama bersolidariti dan kita harap ini akan menjadi isyarat jelas kepada masyarakat antarabangsa juga bahawa pendirian rakyat Malaysia terhadap isu Palestin tidak berubah, dan kita akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin,” katanya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata berkata demikian dalam sidang media, di sini semalam.

Pada Oktober tahun lalu, Himpunan Malaysia bersama Palestin turut diadakan di lokasi yang sama dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, semua pihak termasuk ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mengira daripada parti mana sekalipun dijemput hadir ke perhimpunan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir pada perhimpunan yang dijadualkan bermula pukul 8.00 malam itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda