Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Penduduk Bagan Datuk Terima Manfaat Kerajaan Madani

By 20 Ogos 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk) / Zahid Hamidi (FB)

RUNGKUP, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Sebanyak 750 penduduk di daerah Bagan Datuk dijangka akan menerima manfaat daripada Kerajaan Madani melalui pembinaan 150 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dijangka sebanyak 750 penduduk akan menerima manfaat melalui Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS)

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, membawa khabar gembira ini ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pemajuan Kawasan (PPK) Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Simpang Tiga di sini, semalam.

Kehadiran Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah oleh sebahagian penduduk Bagan Datuk

“Kerajaan Madani melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah memperuntukkan sebanyak RM46.2 juta bagi membangunkan projek ini yang akan dibina di atas tanah kerajaan seluas 19.74 ekar.

“Diharapkan komitmen yang diberikan akan membantu memajukan kawasan luar bandar serta memastikan setiap rakyat berpeluang menikmati kehidupan yang lebih baik.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk FELCRA Berhad dan Kerajaan Negeri Perak atas kerjasama yang diberikan dalam merealisasikan projek yang penuh bermakna ini,” ujar beliau, yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

-AA-

Tinggalkan komen anda