Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Persidangan MPBN Klang Platform Belia Bersuara

By 1 Ogos 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Pejabat Belia Sukan Klang

KLANG, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Daerah Klang diadakan semalam di Bilik Mesyuarat, Aras 2, Pejabat Daerah Tanah Klang yang dihadiri oleh 150 orang wakil belia di daerah Klang.

Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Klang Abdul Razak Maksud.

Penyampaian Watikah Kepada Pegawai Kesihatan Daerah Klang.

 

“Saya yakin persidangan ini wajar dijadikan platform untuk menilai dan mengkaji semula dasar serta membincangkan isu terkini khusus untuk golongan belia.

“Belia adalah tulang belakang negara,mereka perlu diberi peluang dan platform untuk menyuarakan pendapat serta mencorak masa depan negara,” katanya.

Beberapa resolusi penting telah dicapai dalam persidangan ini, termasuk enam usul telah dikemukakan merangkumi kluster keusahawanan, kluster pembangunan belia yang meliputi peranan belia dalam Pihak Berkuasa Tempatan dan Pertubuhan Belia ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Badan Kokurikulum di peringkat sekolah menengah.

Wakil belia yang hadir ke Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Daerah Klang semalam.

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Daerah Klang berperanan membentuk sikap kepimpinan dikalangan golongan belia seterusnya memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat.

Majlis diakhiri dengan penyampaian watikah kepada ketua-ketua jabatan selaku Ahli Majlis Perundingan Belia Negara.

Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang Murugapperumal Pillai, Pengerusi Majlis Belia Selangor dan Daerah Klang Muzahir Marhani, Ahli Majlis Tertinggi Majlis Belia Selangor Daerah Klang, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi daerah Klang serta ahli MPBN daerah Klang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda