Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kayuhan Basikal Klasik Gamit Nostalgia

By 9 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel/Abdul Aziz Osman

SUNGAI DUA , 9 Sep (Malaysiaaktif) – Kayuhan basikal klasik di Sungai Dua bukan sahaja menghidupkan semula nostalgia zaman dahulu, malah menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana penuh kemeriahan dan kebersamaan.

Kemeriahan suasana Program Berbasikal sempena Program Jiwa Merdeka Komuniti MADANI Taman Desa Murni.

Lebih menarik, kayuhan sejauh 6.5 kilometer, di sini semalam yang menggunakan basikal klasik ini mendapat tajaan daripada Persatuan Basikal Klasik Sungai Dua, berjaya mengimbau kenangan ketika basikal menjadi pengangkutan utama suatu ketika dahulu.

Basikal-basikal klasik yang dihiasi dengan Jalur Gemilang menambah warna pada program ini, sekali gus memperlihatkan semangat patriotik yang tinggi komuniti setempat.

Salah seorang ahli persatuan tersebut Pak Lang Ji, 60,  menzahirkan keterujaannya dalam program ini dan berharap ia dapat diadakan setiap tahun.

Perserta-peserta Kayuhan Basikal Klasik bergambar bersama pihak penganjur.

“Program seperti ini mampu menyatukan pelbagai golongan masyarakat dan kami sentiasa menyokong penuh usaha ini dan sedia bekerjasama pada masa hadapan,” katanya dengan penuh semangat.

Selain kayuhan, acara turut dimeriahkan dengan saringan kesihatan percuma oleh Klinik Remedic Sungai Dua, Pertandingan Kuiz Kenegaraan, Pertandingan Pakaian Beragam Merdeka, serta Karnival Jualan Rahmah MADANI.

Acara-acara ini berjaya menarik minat masyarakat setempat dan menambah kemeriahan suasana.

Turut hadir Ketua Komuniti Taman Desa Murni Bahari Yusof dan wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Sungai Dua Haji Nor Azman Othman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda