
Laporan/foto: Izarina KMI/M.Syafiq Irman
BENTONG, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Bentong menjadi Johan kali keenam berturut-turut bagi Kategori Jabatan dan Agensi Kerajaan dalam acara perbarisan sempena Hari Kebangsaan tahun 2024 Peringkat daerah Bentong yang telah diadakan di Dataran Bentong, di sini semalam.

Mengiringi bacaan ikrar penuh bersemangat.
Menurut salah seorang peserta kontijen Shamsuratulaily Shamsudin, beliau tidak menyangka kontijen KEMAS akan menjadi johan pada tahun ini.
“Berbanding tahun-tahun sebelumnya, persiapan dan latihan pada tahun ini dibuat dua hari sahaja sebelum hari kejadian, jadi kami tidak menyangka akan menang lagi,” katanya.
Sebanyak 48 buah aset dan 39 kontinjen telah mengambil bahagian pada kali ini termasuk Kelab Bomba Cilik yang terdiri dari kanak-kanak tadika menjadi tumpuan pengunjung.

Kontinjen Kelab Bomba Cilik.
-ZS-