Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Tuah Kini Rasmi Beroperasi

By 30 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)

MELAKA, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Tuah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Duyong Helmy Abdul Halem di Taman Semabok Jaya, di sini semalam.

Perasmian Pusat Aktiviti Kanak-Kanak.

Menurut Helmy, Taman Semabok Jaya telah dipilih sebagai lokasi PAKK disebabkan kedudukannya yang strategik kerana dikelilingi oleh taman perumahan serta perkampungan yang berdekatan.

“Penubuhan Pusat Aktiviti Kanak-kanak ini harus dimanfaatkan sepenuhnya, pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan (JAPERUN) Duyong bersedia untuk membantu dalam semua aspek yang diperlukan bagi membantu kecermelangan anak-anak seperti penyediaan guru dan sebagainya.

Helmy menyampaikan ucapan perasmian.

“Kerjasama berterusan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka juga dilihat bakal menjanjikan perkara yang positif dalam melahirkan generasi yang cemerlang di masa hadapan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda