Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sukan Tradisional Meriahkan Sambutan Kemerdekaan Komuniti MADANI Jalan Maharajalela

By 9 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Farid Izzemeer (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 100 penduduk hadir mengambil bahagian dalam pelbagai sukan dan permainan tradisional yang dianjurkan sempena Program JIWA Komuniti MADANI@Merdeka Jalan Maharajalela di Arena Terbuka Kampung Durian Sebatang, di sini kelmarin.

Pertandingan yang berkonsepkan tradisional seperti isi air dalam botol, boling kelapa, lempar selipar, anyam ketupat dan gubahan tuala diadakan bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan yang ke-67 tahun ini.

Peserta boling kelapa ketika mendengar taklimat pertandingan.

Orang Besar Jajahan (OBJ) Hilir Perak Datuk Meor Redwan Mahayudin, berkata beliau sentiasa berasa teruja untuk hadir ke program bersama masyarakat kerana lazimnya pengisian program kemerdekaan bersifat unik dan menarik.

“Tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka adalah cita-cita kepimpinan negara untuk memacu Malaysia menjadi negara yang mampan dan sejahtera.

“Hasrat ini berupaya dicapai jika kita berpegang teguh kepada nilai-nilai murni, hormat-menghormati, menjaga dan mengambil peduli sesama rakyat dengan penuh rasa kasih sayang,” ujarnya ketika merasmikan program.

Tambah Datuk Meor Redwan, sikap hormat-menghormati dan kasih sayang ini akan membuatkan rakyat berasa bebas untuk memberi pandangan, berkarya, meneroka idea dan kaedah baru bagi mencapai tujuan menjadikan negara lebih sejahtera.

Peserta fokus mengisi air dalam botol.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Durian Sebatang Mohd Azmi Yusof mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

“Usaha dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua memainkan peranan yang besar dalam menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara,” katanya.

Peserta Nor Shahadah Shoib, 30, pula sangat teruja dapat hadir dan menyertai program seawal pagi.

“Program ini sangat baik kerana dapat merapatkan silaturahim antara masyarakat dan pada masa sama dapat memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda