Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Teroka Keindahan Tenang Serta Keajaiban Tersembunyi di Perlis – Tuanku Syed Faizuddin

By 11 September 2024September 29th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 11 Sep (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan delegasi daripada ASEAN CHINA Heritage DNA untuk berkunjung dan melawat negeri Perlis.

DYMM Pemangku Raja Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis berkenan melawat rerurai yang mempamerkan hasil seni pakaian dari delegasi negara China.

“Saya rasa gembira dan bangga. Saya menjemput delegasi daripada ASEAN-CHINA Heritage Dimensions of National Arts (DNA) untuk meneroka bentuk muka bumi dan keindahan yang tenang serta keajaiban tersembunyi, yang terletak di wilayah utara Malaysia, iaitu Perlis.

“Terokailah pelbagai tempat-tempat menarik di negeri ini termasuklah Projek Transformasi DiRaja Kampung Warna Warni Seberang Ramai, Muzium Kota Kayang, Batik Inderawasih dan nikmatilah pelbagai hidangan lazat dan menarik yang ditawarkan oleh restoran serta kafe di negeri ini,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin, berkata demikian ketika merasmikan pelancaran The Conference on The Proposed ASEAN-China Heritage Dimensions of National Arts (DNA) Initiative di sebuah hotel, di sini kelmarin.

Turut berangkat hadir Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Baginda turut menyeru semua pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan, untuk meningkatkan usaha dalam menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara delegasi dari negara ASEAN yang mengambil bahagian.

“Inisiatif ini penting untuk memaksimumkan ekonomi kita, dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di peringkat global,” titah baginda.

Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 merupakan kempen yang penting dan merupakan langkah awal menuju Tahun Melawat Malaysia 2026.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Malaysia menerusi Society of Creative Symphony (SCS) sedang mengadakan Persidangan Mengenai Cadangan Inisiatif ASEAN-China Heritage Dimensions of National Arts (DNA) yang berlangsung di Kangar, Perlis dari 8 hingga 14 September 2024.

Turut hadir Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

-ZS-

Tinggalkan komen anda