Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

708 Penerima dari Kluster Pertanian Terima BPP

By 17 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham

JERANTUT, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 708 orang dari Kluster Pertanian yang terdiri daripada petani dan penternak yang layak telah menerima Bantuan Prihatin Pahang (BPP) yang telah disampikan oleh Ahli Dewan Negeri Pahang Haris Salleh Hamzah, di sini semalam.

Menurut Haris, Kluster Petani merupakan salah satu daripada 20 BPP yang telah diperuntukkan untuk tahun 2024 ini dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM38.08 juta dan setiap penerima menerima sumbangan sebanyak RM200 seorang.

Haris ketika menyampaikan ucapan.

“BPP ini juga merupakan inisiatif bantuan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang dan ini merupakan kesinambungan sejak tahun 2022 lagi.

“Ianya tidak lain ialah untuk meringankan beban serta tanda penghargaan kepada para petani dan penternak negeri Pahang,” katanya.

Salah seorang penerima Mohd Razali Isa, 58, berkata beliau amat berterima kasih atas sumbangan BPP ini yang mana dapat meringankan beban beliau memandangkan musim tengkujuh yang bakal tiba juga nanti.

Manakala menurut Halimi Musa, 61, BPP ini amatlah bernilai untuk petani dan juga penternak kerana ini dapat memberi kelegaan untuk menampung kos sara hidup masa kini yang agak mencabar.

Halimi Musa.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Pahang kerana konsisten memberikan BPP kepada seluruh rakyat di negeri Pahang ini,” katanya ketika ditemui.

Majlis turut dihadiri Penolong Pegawai Daerah Yunus Mohammad dan Pegawai Veterinar Daerah Jerantut Sharifah Faizah Syed Saidi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda