Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Akta 852: 6,245 Premis Dilawati, 283 Operasi Seluruh Negara

By 7 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

PUNCAK ALAM, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Sejumlah 6,245 premis telah dilawati Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam 283 operasi di seluruh negara sejak Akta 852 dikuat kuasa pada 1 Oktober lalu.

Dr Dzulkefly menyerahkan sijil pengiktirafan BeSS kepada salah seorang pemilik premis makanan ketika ‘walkabout’ di Eco Grandeur, Puncak Alam semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata operasi Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 itu melibatkan 4,481 anggota penguat kuasa.

Katanya, sebanyak 8,500 penguat kuasaan pendidikan telah diberikan dengan 12 notis kesalahan dikeluarkan.

“Kita boleh sahaja kompaun tetapi kita beri notis amaran kerana kita mahu ada penguatkuasaan pendidikan, amaran, kecelikan dan penjelasan dahulu.

“Tetapi pada 1 April 2025 kita akan kuat kuasa dengan tegas,” katanya pada sidang media selepas menyertai program Walkabout Premis Bersih Bebas Asap (BeBAs) di Eco Grandeur, di sini semalam.

Seorang pegawai penguat kuasa Kesihatan menunjukkan pelekat larangan merokok di premis makanan selepas Akta 852 dikuat kuasa 1 Oktober lalu.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Jabatan Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin.

Pada sesi jelajah mesra tersebut, pemeriksaan telah dijalankan melibatkan 44 premis dengan 13 premis makanan telah berjaya mendapat pengiktirafan premis ‘Bersih dan Selamat’ (BeSS).

-ZS-

Tinggalkan komen anda