Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Pelepasan Tuntung Sungai Terbesar di Kemaman

By 7 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim/Dr. Chen Pelf Nyok (Kemaman)

KEMAMAN, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Program Pelepasan Tuntung Sungai yang dianjurkan oleh Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia di Kampung Pasir Gajah, di sini kelmarin telah mencapai kejayaan luar biasa dengan pelepasan 670 ekor anak tuntung ke dalam Sungai Kemaman.

Prof. Maketab (dua dari kanan) daripada Persatuan Tuntung menerima sumbangan sebanyak RM43,500 daripada Watsons bagi membantu usaha pemuliharaan tuntung sungai.

Ini merupakan pelepasan terbesar sejak projek ini dimulakan di daerah ini bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, termasuk pameran kesedaran awam oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) dan Zoo Kemaman, acara sukaneka, aktiviti mewarna untuk kanak-kanak, bengkel menghias kek bento serta cabutan bertuah.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Konservasi) Jabatan PERHILITAN Malaysia Datuk Fakhrul Hatta Musa yang menekankan pentingnya projek pemuliharaan ini sebagai usaha menjaga kehidupan liar yang terancam.

Orang ramai teruja untuk melepaskan anak tuntung ke dalam sungai.

“Harapan saya adalah agar pusat dan projek tuntung sungai ini akan terus maju jaya,” katanya.

Turut hadir Watsons Regional Sales Operation Manager Chan See Aun, yang menyampaikan sumbangan sebanyak RM43,500 kepada Persatuan Tuntung untuk menyokong usaha pemuliharaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda