
Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)
SUNGAI BAKAP, 27 Okt (Malaysiaktif) – Karnival Pendidikan Madani Daerah Seberang Perai Selatan memberi banyak manfaat kepada pelajar-pelajar, guru dan ibu bapa.

Fadhlina bersama jemputan serta orang ramai yang hadir.
“Tujuan utama adalah memberi pendedahan awal mengenai aktiviti-aktiviti bercorak pendidikan kepada para pelajar contohnya penglibatan dalam aktiviti menguji minda, karekter individu dan sukan.
“Pendedahan ini juga membantu pelajar agar lebih mudah memahami serta mampu membentuk kematangan berfikir,” kata Penyelaras Program Mohd Rajmi Rajali.
Program yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, di sini semalam dianjurkan oleh Alumni Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Nibong Tebal.
“Penglibatan jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, insitusi pendidikan dan badan korporat menggalakkan para pelajar melibatkan diri secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran luar kelas,” katanya.

Diantara jemputan serta orang ramai yang hadir
Terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti larian ceria, pertandingan bola tampar, bola sepak, pameran jabatan dan agensi kerajaan, Program Jualan Rahmah dan jualan makanan serta minuman.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek.
-ZS-